Your Magic Blog: October 2015

Friday 30 October 2015

Stress Pembunuh Senyap

Salam kasih sayang seluas salam.........


Semalam, salah seorang pesakit saya dari Sweden chat melalui whatsapp........

Sudah 5 hari beliau menerima penyaluran energi penyembuhan jarak jauh secara rutin, dan beliau melaporkan bahawa keadaannya semakin hari semakin baik secara fizikal, emosional dan pemikiran..........

Beliau kemudian mengadu kepada saya bahawa pada hari itu dia merasa sakit, perasaan dan fikirannya tidak menyenangkan seperti hari-hari sebelumnya..........

Katanya, malam sebelumnya dia bermimpi terkunci di sebuah rumah, di mana ada begitu banyak jin yang berusaha menyerang dirinya...........

Beliau merasa sangat takut di dalam mimpi itu. Perasaan takut ini berterusan sehinggalah bangun dan melakukan aktiviti hariannya........

Saya faham kenapa. Pengalaman mengajar.......






Saya terus bertanya,

"Brother, have you stressed the day before that bad dream?".

Dia menjawab cepat.

"Oh yes brother. I did. Some problem came up and make me stressed". Dia cerita lah apa masalah tu.....

Well..... Ini perkara penting yang saya fikir semua orang perlu tahu......

Sakit adalah akibat daripada 'kekurangan energi'. Kekurangan energi menghasilkan ketidak seimbangan pada badan fizikal dan semua organ, hormon serta sistem saraf, lalu pada aspek emosional dan fikiran.........

Setiap aspek diri kita sudah ada 'peruntukkan' energi. Jika peruntukkan energi ini optimum maka sihatlah kita. Jika berkurang maka sakitlah kita. Semakin kurang energi semakin kita sakit..........

Hal yang sama terjadi pada kehidupan kita. Makin kurang energi yang berada pada cakra-cakra kita semakin banyak masalah-masalah dan kesialan-kesialan mengekori kita........

Tahu tidak.... Stress adalah ejen jahat yang paling kuat mengurangkan energi diri kita? Yaaa... Stress itu membuang begitu banyak energi!

Energi untuk berfikir dijana oleh pusat tenaga yang dikenali sebagai Solar Plexus. Lokasinya secara energi berada di sekitar ulu hati. Ia juga membekalkan energi ke seluruh sistem saraf........

Jika kita berfikir terlalu banyak dan berat, atau stress, maka bekalan energi ke seluruh sistem saraf akan terganggu.

Gangguan saraf akan memicu gangguan pada sistem hormon, otot-otot jadi tegang khasnya di sekitar bahu, leher dan kepala, dan hujungnya pasti membuat keseimbangan organ-organ tubuh juga jadi terganggu.......

Gangguan emosi pastinya tidak dapat dielakkan pada waktu ini. Fikiran juga semakin terganggu, suka berfikir perkara-perkara negatif seperti kematian, kegagalan dan lain-lain........

Di dalam kelas-kelas Belajar Aura, sering saya bahas agak lama bahawa fikiran adalah unsur apa. Ini salah satu dasar ilmu mengenal diri. Tapi terlalu panjang untuk dihuraikan di sini, lenguh jari-jari menulis hehee.........

Ok... So ada satu makhluk yang juga dicipta dari unsur api, tak lain dan tak bukan dialah artis terpopular sepanjang zaman..... Mr Jin!!

Jadi kita lihat di sini bahawa, fikiran dan Mr Jin dicipta dari unsur yang sama. Kerana itu, fikiran adalah 'gate of heaven' bagi Mr Jin 'merasuk' manusia............

Badan itu unsur tanah, fikiran itu unsur api. Keduanya adalah elemen alam yang frekuensinya jauh. Ini sains............,

Jadi sebenarnya Mr Jin tidak boleh 'masuk' ke.............. Mr Jin hanya boleh 'merasuk ke................ ( teks sengaja dihilangkan agar tidak melanggar kepercayaan yang dipelihara zaman berzaman oleh majoriti rakyat ).

Ok... Jadi kesimpulannya........

Jagalah fikiran kita selalu, elakkan berfikir yang keterlaluan, elakkan stress yang melampau kerana itu sebenarnya membuang sangat banyak energi dari sistem kita dan kesannya menimbulkan banyak efek negatif kepada kesihatan kita secara keseluruhan, dan.... Ia boleh mengakibatkan 'kerasukan'........

Percaya tidak.... Tidak ada kes kerasukan terjadi tiba-tiba kepada orang-orang yang fikirannya ceria gembira. Kerasukan pasti dimulai dengan gangguan pada fikiran selama beberapa hari......

Lakukan lah meditasi, tafakkur, zikir, membaca kita suci, dan apa saja yang efeknya menenangkan dan mendamaikan fikiran. Bergaul dan bersosiallah dengan baik. Dan... Buatlah senaman-senaman kardio semampu kita secara rutin kerana ia sengat baik sebagai 'ubat anti stress'........

Ingat selalu, jangan pandang mudah kesan stress pada kesihatan kita!

Ikuti kelas-kelas Aura secara offline dan offline, atau program terapi gelombang aura secara berdepan atau jarak jauh bersama team Qi Center. Hubungi Holine:

                                           019 892 6202 || 010 792 1880



Salam cinta dan kasih dari dasar hati yang paling dalam.........

~ from Qi with Love

Thursday 8 October 2015

Bermain Frekuensi Energi

Salam kedamaian buat semua pembaca budiman.......


Lama tidak update tulisan di blog ini......... Biasalah sebagai rakyat jelata yang biasa, saya tidak boleh melarikan diri daripada kesibukan hidup seharian.

Namun, walaubagaimana pun sibuk, sebagai pencinta ilmu metaifizk-spiritual, akiviti-aktiviti bermain dengan frekuensi energi tetap dijalani penuh keghairahan.

Selain aktiviti pembersihan dan peningkatan energi untuk pemantapan spiritual, satu lagi aktiviti bermain energi yang sangat saya minati adalah, mengubah realiti. Ya, mengubah realiti, mencipta suasana, keadaan dan kehidupan yang kita inginkan.

Bunyinya agak 'heavy', bahkan mustahil bagi sesetengah orang. Perkara ini akan kelihatan lebih jernih jika kita memahaminya dari sudut sains metafizik. Teorinya sedikit sebanyak saya huraikan di sini http://qalam-ilahi.blogspot.my/2012/11/terqi.html semoga membantu kefahaman pembaca budiman sekalian.

Jadi........ Berbalik ke tajuk tulisan ini.......

Kerja-kerja saya semuanya bermain di dimensi ke 4, iaitu di alam energi, di 'blue print' kehidupan. Kebanyakannya adalah untuk kemajuan diri sendiri serta lingkungan kecil saya (keluarga, rakan, murid), serta terapi kepada pesakit-pesakit dan juga untuk manfaat untuk komuniti yang lebih luas seperti mempengaruhi cuaca.

Saya share serba sedikit beberapa hasil kerja saya, semata untuk tujuan pencerahan dan pendidikan saja ya.........






Rajah 1


Rajah di atas adalah sebuah Radionics 2 dimensi. Dalam program energi ini saya banyak memanfaatkan pola energi dari 'sacred geometri' pattern, flower of life, crystal energy, colour energy, serta magnetron... Kemudian, frekuensi energi yang saya pancarkan (broadcast) untuk mencipta realiti adalah menggunakn teknologi radionics. Untuk projek ini, hajat saya adalah supaya target (orang tertentu) membayar hutangnya kepada saya. Sudah ditagih dengan pujukan beberapa kali, masih liat membayar hutang  maka terpaksalah main ilmu ghaib hahahahahaa..... Tiga hari kemudian, tentunya dengan izin Tuhan maka target pun membayar hutangnya lunas.





Rajah 2




Rajah 3


Rajah 2 dan 3 pula saya berhajat untuk membuat akaun bank saya berisi RM 100k. Rajah 1 adalah pemancaran energi menggunakan Radionics Broadcasting, manakala rajah 3 menggunakan Psionics Element dengan setting frekuensi tertentu. Projek ini 2 tahun lalu, dan sudah pun berjaya , Alhamdulillah..... Kenapa pada projek ini saya gunakan 2 kaedah? Kerana pada waktu itu, saya ada 'mental blocking' yang merasakan bahawa projek ini berat dan susah untuk terjadi. Maka untuk mengimbangi saya 'attact' dengan 2 program energi sekali. Bahkan ada sehingga 3 ke 5 kaedah saya gunakan, bergantung kepada suasana persepsi mental saya tentang apa yang ingin saya realisasikan heheheee

Ehhh.... Ada yang tanya, apa benda nombor-nombor tu? Itu adalah 'conversion' bagi frekuensi energi, atau nombor yang mewakili frekuensi energi yang saya pancarkan. 



Rajah 4


Rajah 4 ini pula adalah projek healing jarak jauh kepada pesakit, Ada 3 nombor di sebelah kiri tu bermakna saya memancarkan 3 jenis frekuensi kepada pesakit.



Rajah 5

Ini pula adalah projek membersihkan udara negeri Sabah daripada jerebu yang keadaanya begitu membimbangkan beberapa minggu lalu. Pemancaran frekuensi ini dimulakan pada malam 27 sept 2015. Pada siangnya hujan disertai guruh yang kuat terjadi selama selama beberapa hari. Hujan dan guruh itu tidak lah berterusan, cuma dalam sehari tu ada. Sehinggalah ke hari ini, udara semakin bersih dan semakin segar berbanding ketika jerebu tebal melanda dulu. Gunung dan bukit bukau serta bangunan-bangunan di kejauhan juga sudah nampak jelas tidak lagi tertutup kabus. Pastinya, energi dan doa-doa rakyat juga ikut memberikan sumbangan dan pastinya semua terjadi atas izin Tuhan yang maha kuasa.

(rajah ini adalah broadcasting energy murid saya, Master Cupi. Beliu pun ikut serta melakukan projek ini)


Bermain energi seperti ini, tidak lah mudah. Ada juga cabarannya yang susah, iaitu rasa malas hahahaa... Kerana untuk menyelam ke dalam lautan energi itu perlukan fokus, ketenangan, dan kekosongan emosi dan fikiran.

Sebegitu dulu tulisan saya pada kali ini. Penting anda tahu bahawa kerja-kerja saya ini tidak melibatkan unsur jin, setan, iblis,toyol dan suku-sakatnya sama sekali. Ini murni permainan energi, memanfaatkan hukum-hukum quantum fizik. Tidak perlu diperdebatkan, kerana saya pasti bagi anda menang ;)



Sekian,

Salam kasih sayang sedalam lautan........

~ from Qi with Love



BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...