Your Magic Blog: June 2015

Saturday 6 June 2015

Unbinding Process, Menjadi Diri Mu yang Sebenar


Salam penuh rasa sayang.....


Anda adalah Peribadi Tidak Terbatas yang sedang terpenjara di dalam Peribadi Yang Terbatas!

Boleh tangkap maksudnya?


Anda punya badan... Betul!

Anda punya Roh... Betul!


Secara singkat inilah diri anda, ada dua bahagian.... Kemampuan badan anda hanya begitu sahaja. Badan anda berhenti tumbuh membesar ketika anda berumur lebih kurang 18-21 tahun. Kecuali melebar kerana lemak, atau pembesaran otot kerana latihan, ini lain cerita. Memang kita boleh melatih tubuh kita agar menjadi kuat, tapi kekuatan itu terbatas pada tahap tertentu. Anda tidak akan boleh melatih otot anda agar kuat mengangkat sebuah lori... Anda jangan percaya dengan cerita Hulk atau Superman. Itu hanya cerita fiksyen ciptaan Amerika.


Roh anda... Ini yang menarik. Kenapa? Kerana Roh anda TIDAK TERBATAS kemampuannya. 

Hayatnya..... Tiada penamat!
Ilmunya..... Tiada limit!
Cintanya..... Tidak memilih!
Indahnya..... Tiada cela!
Kuatnya..... Tiada kelemahan!
Kayanya..... Tiada kekurangan!
Gembiranya..... Tiada pernah ada duka!

Ini mungkin agak aneh, agak asing atau tidak logik bagi anda..... Memang tidak logik kerana Roh itu di luar batas logik. Tapi memang inilah sifat Roh anda, secara hakiki dari azali.

Lalu..... Ketika Roh ini menyatu dan tinggal di dalam badan anda, semua sifatnya yang TIDAK TERBATAS itu telah menjadi TERBATAS, kerana menyesuaikan sifatnya dengan rumah barunya iaitu tubuh anda yang sifatnya adalah TERBATAS.

Ketiak Roh anda telah menyatu dengan tubuh anda, Dia hanya dapat memancarkan potensinya melalui FIKIRAN dan PERASAAN.... Umpanya, Roh anda adalah sebuah tangki air yang besar entah bagaimana... Namun air yang begitu banyak itu hanya boleh kaluar melalui  dua pili air iaitu FIKIRAN dan PERASAAN anda..... Sebesar dan mana air boleh keluar, bergantung sebesar mana saluran pada pili air tersebut.


Imej : Pili Air

Apa yang perlu anda lakukan agar lebih banyak air keluar dari tangki besar itu? Sudah tentu dengan mengganti pili air itu dengan yang lebih besar kan?

Nahhhh.... Begitu jugalah jika anda ingin mengeluarkan dan mendayagunakan potensi Roh anda. Besarkan fikiran anda. Buang semua batasan, bersihkan semua sempadan yang membatasi kuasa Roh anda.

Fikiran anda berpendapat bahawa:

Aku ini lemah....
Aku ini mudah sakit.....
Aku akan gastrik kalau lambat makan.....
Aku akan selesama kalau tidur di bawah penghawa dingin....
Aku ini miskin.....
Aku ini orang susah......
Aku tidak boleh dapat rezeki kalau tidak kerja dengan orang.......
Aku harus sekolah tinggi kalau mahu kaya........
Aku anak orang susah jadi aku pun orang susah......
Aku tidak boleh melancong kerana ini dan itu.....
Aku ini jellek.....
Aku tidak boleh ini,.....
Aku tidak boleh itu........

Dan,...........Banyak lagi sempadan, batasan, dan limitation yang ANDA SEDANG PELIHARA SEKARANG.....

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian......... Anda itu terbatas, tidak boleh buat apa yang anda mahu, dan tidak boleh jadi apa yang anda mahu hanya kerana anda SEDANG MEMELIHARA BATASAN-BATASAN FIKIRAN yang membatasi kekuatan sejati Roh anda........

Ya... Betul... Itu semua kerana fikiran anda yang masih kecil.... Maka besarkan lah fikiran anda...... Selidik fikiran anda itu.... Apa saja batasan-batasan yang sedang anda pelihara sekarang, senaraikan satu persatu di atas kertas lalu hapuskan batasan-batasan fikiran tersebut....... Ikuti proses mudah ini:


DETECT > ACCEPT > ELIMINATE > RECONSTRUCT


Kesan batasan fikiran tersebut.... Senaraikan di atas kertas... Terimalah bahawa anda memang sedang memelihara batasan fikiran tersebut, terimalah bahawa ia tidak baik untuk diri dan hidup anda.... Lalu hapuskan tanpa sisa..... Kemudian bina semula fikiran yang lebih besar, yang tidak lagi membatasi diri anda.

Contoh:

Di fikiran anda, anda menganggap bahawa anda lahir dari keluarga miskin, dan anda pun memang wajar hidup miskin... Lalu anda rela berpendapatan rendah setiap bulan..... Fikiran ini membuat anda takut untuk bercita-cita tinggi, takut dan merasa mustahil anda boleh jadi kaya. Anda sedang membatasi diri anda yang sebenar.... Terimalah, bahawa anda sendang membatasi diri anda. Bahawa itu hanyalah fikiran anda.

Sekarang anda perlu buang batasan fikiran tersebut....... Anda datang dari Tuhan Yang Maha Kaya. Alam ini menyimpan kekayaan yang melimpah mencukupi untuk semua orang, bahkan semua jenis makhluk. Terimalah akan hakikat ini. Kemudian, mulakanlah bercinta-cita tinggi... Set lah niat yang besar. Sebesar manapun boleh... Dan yakinlah, bahawa anda boleh mencpainya.


Sebut selalu kata-kata ini, untuk membangun pemikiran baru yang tanpa batas:

"Aku adalah Roh yang yang datang dari Tuhan yang Maha Tidak Terbatas. Kerana itu aku pasti boleh melakukan ini.......... (apa anda mahu )......... aku boleh mencapai ini......... ( apa anda mahu )........


Buat pelajar-pelajar yang menyertai kelas saya, saya memberikan afirmasi ini:


Aku ( merujuk kepada Roh ) Lengkap.... Sempurna..... Kuat..... Berkuasa....... Pencinta...... Harmoni..... Riang gembira.

Aku ( merujuk kepada Roh ) boleh jadi apa sahaja yang aku inginkan.


Dengan selalu membaca afrimasi ini, akan perlahan-lahan menghapuskan semua batasan fikiran anda, dan sekaligus membina fikiran-fikiran baru yang lebih luas, besar, tiggi dan benar.

Saudara dan saudari ku....... Untuk mengubah hidup anda, anda hanya perlu mengubah fikiran anda jadi lebih besar, sehingga ia membenarkan Energi dari Roh anda mengalir dengan sempurna keluar.

Jadilah diri mu yang sebenar... Diri Sang Roh yang tiada batas...
Cukupalah engkau memenjara dirimu dengan fikiran-fikiran kecil mu selama ini...


Buat anda.......... yang ingin menyertai kelas-kelas belajar aura, membangun spiritual, menjadi manusia sukes, yang saya adakan di sekitar Kota Kinabalu silahkan KLIK SINI.

Atau anda......... yang ingin mengikuti kelas online saya secara fleksibel, KLIK SINI.



Kemarin........ saya baru membuka program online dan sekarang sedang promosi besar... KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut.


Semoga diri mu jadi lebih bahagia selepas ini.....

Salam sayang dari ku.......


... Love no Limits....


~ from Qi with Love


Friday 5 June 2015

Program Online Pengaktifan Aura Pesona Sejati - Promosi Fasa 3


Program Pengaktifan Aura Pesona Sejati secara Online.





Salam penuh rasa cinta.......

... Tahukah anda bahawa Nabi Yusuf Alaihissalam adalah manusia paling tampan dalam sejarah manusia?

... Tahukah anda bahawa Nabi Yusuf ketika masih muda remaja pernah bermimpi melihat 11 BINTANG, MATAHARI dan BULAN tunduk sujud kepada Baginda? Dan adakah anda tahu bahawa secara metafizik BINTANG itu mewakili KEMASYHURAN/KEKAYAAN... MATAHARI mewakili KUASA/PENGARUH....dan BULAN mewakili cinta/wanita?

Anda boleh rujuk Surah Yusuf ayat 4......

... Tahukah anda bahawa mimpi itu adalah isyarat bahawa pada masa hadapan Baginda akan benar-benar direbut dan dikejar oleh KEMASYHURAN/KEKAYAAN, KUASA/PENGARUH dan CINTA/WANITA, di mana Baginda telah dilantik menjadi Menteri Mesir yang pastinya punya pengaruh dan kuasa besar dan dikejar-kejar oleh Zulaikha yang cantik luar biasa?

... Anda pasti tahu kan kisah di mana para isteri pembesar mesir tanpa sedar menghiris tangan mereka sendiri ketika mengupas buah-buahan dan Nabi Yusuf melintas di hadapan mereka? Indah dan berpengaruh seperti apakah Aura Nabi Yusuf itu?....

... Tahukah anda bahawa sifat Jamil/Keindahan Allah itu tersimpan kemas di dalam diri anda, iaitu Rohani anda yang suci tidak pernah tercemar?....

... Tahukah anda bahawa ada Pusat Energi Pesona Sejati yang semulajadi berada di dalam diri anda, spesifiknya di tengah Cakra Jantung anda dan bersedia untuk memancar anytime ia diaktifkan dengan cara yang benar?....

... Tahukah anda.... Bahawa Aura Pesona Nabi Yusuf itu boleh anda pelajari dan aktifkan lalu anda manfaatkan sebaiknya untuk memperolehi "3 Ta", iaitu HARTA, CINTA, DAN TAKHTA? ( Kekayaan/kemasyhuran, cinta, dan pengaruh/kuasa)....

... Cuba bayangkan... Diri anda memancarkan aura yang bersinar indah cemerlang... Dan di mana saja anda boleh memperolehi 3 perkara ini.......

1) Kekayaan dan kemakmuran selalu lancar dan berkelimpahan datang kepada anda tanpa kesulitan.
2) Anda punya mengaruh, dihormati dan disegani oleh rakan-rakan anda dan sesiapapun termasuklah Boss dan orang-orang atasan anda.
3) Di mana saja..... Jika anda lelaki, para wanita selalu melirik anda..... Jika anda wanita, anda sentiasa jadi perhatian lelaki. Keindahan anda tidak direndahkan, tapi dihormati, disanjung dan dihargai..... Anda sentiasa menjadi perhatian di mana pun anda berada, anda sentiasa menjadi 'center of attraction'... Dan anda mudah mendapat cinta yang anda impikan.


Berminat dengan ilmu ini?

Mari sertai program online saya ini... Jadilah manusia yang bersinar dengan aura cemerlang. Milikilah potensi semula jadi anda, dan sukses lah semahu dan sepuas anda....

Dulu saya mengajarkan ilmu ini dengan kos sebanyak RM 450..... Sempena Raya Aidilfitri, ini saya rendahkan yurannya menjadi hanya RM 300..... kerana saya ingin berkongsi dengan anda ( semoga anda adalah orang-orang pilihan untuk menguasai ilmu ini).... Rebutlah peluang ini sebelum kos belajarnya saya naikkan lagi pada bila-bila masa.......


*** Manual panduan ilmu ini akan diberikan kepada anda.
.

*** Saya akan bimbing melalui kelas online 2-3 jam di Closed Group Facebook, pada 24 Jun 2019, jam 9.00 pm - 12.00 pm.
.

*** Bimbingan sepanjang hayat.


Hubungi admin Qi segera untuk mendfatarkan anda ke program ini.
Klik link whatsapp di bawah:


http://qalamilahihq.wasap.my/
http://qalamilahihq.wasap.my/
http://qalamilahihq.wasap.my/


Saya selalu mengajarkan..... Bahawa dalam hidup ini kita harus selalu PASRAH agar kita dibimbing ke arah jalan terbaik mengikut ilmu Tuhan Yang Maha Tahu...... Dan, apabila kita sampai di suatu titik perjalanan hidup ini, lalu Tuhan memberikan 'signal' berupa peluang-peluang di depan mata, maka segeralah BERTINDAK merebutnya dengan segala daya dan upaya anda..... Begitulah hukum alam agar kita selalu beruntung.....


Mudah-mudahan rezeki anda untuk bersama menjadi pewaris ilmu yang luar biasa ini, dan mengubah hidup anda menajdi lebih sukses tanpa batas.....


Salam hormat, Salam cinta tanpa batas :)

~ from Qi with Love








Tuesday 2 June 2015

Stress Pembunuh Senyap, Musuh Utama Manusia Moden


Salam damai buat semua :)

Zaman dulu, keperluan manusia sangat sangat minima. Ada rumah, cukup makan, cukup pakaian, cukup tidur, isteri satu boleh ketawa bersama keluarga, itu sudah memadai. Mahu ke mana-mana cukup dengan jalan kaki. Kalau jauh sikit jaraknya ada kuda dan keldai, atau naik kerbau. Kalau di negara Arab ada unta. Begitu
nya hidup. 

Berbeza dengan zaman sekarang. Kehendak manusia sudah menjadi keperluan. Makanan mesti sedap-sedap, pakaian mesti cantik cantik, rumah mesti besar dan indah, isteri mahu lebih dari satu hahaha... pengangkutan mahunya yang ada kelas, ditambah pula dengan gajet-gajet canggih, perhiasan-perhiasan mahal, dan macam-macam lagi. Keinginan sudah jadi keperluan. Itu baru keperluan peribadi. Lain lagi dengan keperluan keluarga, tanggungjawab di tempat kerja, organisasi, hutang-piutang, dan sebagainya yang menjadi gaya hidup manusia moden.

Akibat keperluan dan tanggungjawab hidup yang sedemikian banyak dan padat, akhirnya semua orang stress. Siapa yang tidak stress? Orang gila saja yang tidak stress. Itu pun sejak dia gila. Sebelum dia gila pasti dia lebih-lebih stress sampai gila begitu.





Anda tahu... Menurut kajian ilmiah dalam perubatan, stress adalah pembunuh senyap. Dr. Hans Seyle, pakar endokrin dari Kanada (1956) membuktikan secara epidemologi ( kajian pola penyakit dalam sebuah populasi ) kaitan antara stress dengan barah usus (peptic ulcer). Kajian ini menunjukkan bahawa golongan pekerja yang banyak menerima tekanan seperti doktor, eksekutif perniagaan dan guru mudah mendapat penyakit ini. Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan. 80-90% kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup yang kurang tekanan, menjaga diet, bersenam dan meditasi, kesan pemulihan penyakit lebih baik dan berterusan.

Ivan Pablov, seorang ahli fisiologi Rusia (1849-1936) melakukan kajian terhadap pesakit gastrik tula. Perutnya ditebuk untuk melakukan pemerhatian. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa apabila pesakit marah atau stress, dinding perut berkilat seolah terbakar, dan asid hidroklorik iaitu komponen jus gastrik mencurah keluar, dengan lancar tanpa paksaan. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam keadaan marah dan stress, H pylori iaitu sejenis bakteria di perut dengan mudah memberikan gangguan kepada perut berbanding jika marah dan stress itu dapat dikawal dengan baik.

Stress juga memberikan pengaruh sangat besar terhadap tekanan darah, saluran darah dan jantung. Stress membuat degupan jantung terganggu. Jika stress itu berpanjangan ia boleh menimbulkan penyakit pada jantung, dan memburukkan lagi masalah jantung yang sedia ada. Penyakit kardiovaskular ini adalah pembunuh nombor satu di dunia. Ada banyak penelitian demi penelitian dilakukan oleh individu mahupun badan-badan kesihatan bekenaan kesan stress terhadap kesihatan. Stress dikategorikan sebagai 'pembunuh senyap'. Stress... Stress... dan stress... akhirnya meninggal.

Stress... Membuat badan, perasaan dan fikiran kita berfungsi tidak optimum sehingga prestasi kita dalam apapun bidang kerja jadi merosot. Stress membuat emosi jadi tidak stabil, suka marah-marah, jadi cengeng, suka menyendiri dan lain-lain sifat yang tidak konstruktif. Kalau kita stress, idea-idea bernas selalunya malas mahu bertamu ke fikiran kita. Institusi keluarga boleh porak-poranda oleh stress. Sebuah syarikat yang pekerjanya banyak stress, akan mengalami kemerosotan prestasi dan keuntungan. Pokoknya Stress berlebihan membuat manusia jadi sangat jellek.

Tidak tahukah anda... Kes bunuh diri di Malaysia adalah penyebab kematian kedua utama setelah penyakit kardiovaskular, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007 bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia. Menurut laporan tersebut, kadar kematian akibat bunuh diri pada tahun 2004 adalah 9 hingga 12 kes daripada setiap 100 000 penduduk manakala pada tahun 2006 dilaporkan 13 kes bunuh diri per 100 000 penduduk. Dipercayai jumlah kes bunuh diri yang sebenar melebihi daripada jumlah tersebut kerana ada banyak kes yang tidak dilaporkan kepada kementerian.

Apa puncanya? Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, kes bunuh terjadi akibat kecelaruan mental. Dalam banyak kes akibat kecelaruan mental, depresi atau stress menyumbang 60% daripada keseluruhan jumlah kes, menurut Natalie Staats Reiss, Ph.D., and Mark Dombeck, Ph.D. dalam kajian mereka The Nature of Suicide (2007).

Dari perpektif ilmu aura yang saya kaji, aktiviti berfikir dikawal oleh pusat tenaga di perut yang dikenali sebagai Cakra Pusat. Pusat tenaga ini tidak kelihatan pada perut fizikal anda, kerana wujudnya adalah berbentuk pusaran tenaga. Walaupun tidak dapat dilihat, ia dapat dirasakan dan kesannya nyata pada aktiviti fizikal anda. Cakra Pusat ini bertanggungjawab membekalkan energi untuk anda dapat berfikir termasuklah saraf-saraf dan neuron-neuron anda yang menunjang aktiviti anda ketika berfikir. Selain itu ia juga bekerjasama dengan Cakra Dasar anda bersama mengatur aliran tenaga untuk menyokong semua organ di sekitar perut anda iaitu usus besar dan kecil, limpa, ginjal, duodenum, kantung hempedu, hati serta ia juga mempengaruhi aliran tenaga di paru-paru dan jantung. Oleh kerana itu, aktiviti berfikir sangat mempengaruhi organ-organ berkenaan. Fikiran yang tertekan juga ikut menekan organ-organ berkenaan. Jika fikiran terlalu aktif, ia 'mencuri' benyak tenaga sehingga bekalan tenaga ke organ-organ tersebut akan berkurang lalu menghasilkan kesan negatif. Saya pernah menulis satu artikel yang agak mirip sedikit dengan tulisan kali ini berkenaan Solar Plexus. Klik di sini.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda kini sedar bahawa ilmu energi itu sangat berkait erat dengan kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan hidup anda? Eratnya kaitan antara hidup sihat, sukses dan bahagia dengan aura adalah seperti isi dengan kulit. Sangat-sangat dan sangat rapat kaitannya. Seluruh organ di tubuh anda dibina oleh struktur dasar penciptaan alam iaitu Energi atau Quantum. Seluruh perasaan dan fikiran anda adalah berbentuk gelombang energi/quantum yang boleh rasakan bahkan dilihat dengan teknik mind power/waskita yang advanced. Bahkan jin dan segala makhluk yang anda rasa misteri itu pun adalah makhluk energi.

Ilmu berkenaan Energi, Quantum, Aura itu penting bukan???

Ok... Jika anda merasa ilmu ini penting untuk kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan hidup anda, mari ikuti Kelas Belajar Aura yang saya anjurkan di Qi. Jadual kelas anda boleh Klik Di Sini.
Anda yang tiada masa datang ke kelas secara face to face dengan saya, jangan risau ada kelas online untuk anda di SINI.

Jika anda ingin tahu... Di dalam kelas yang saya adakan, ada satu slot di mana para peserta dibawa menghayati penyatuan sejati antara CIPTA-RASA-KARSA atau bahasa modennya, FIKIRAN-PERASAAN-BADAN melalui konsep SRP (Senyum-Rileks-Pasrah). Para peserta akan sangat cepat memasuki state of mind yang tenang, hening, dan damai walau betapa stress pun anda ketika itu. Ini saja sudah begitu bermanfaat meredakan tekanan darah, menyelaraskan degupan jantung dan seluruh tenaga organ-organ tubuh, serta... meredakan STRES yang anda benci itu!

Jom... Daftar segera untuk kelas akan datang. Jangan kasi lama. Jangan tunggu anda makin tua dan dunia semakin hampir kiamat... hahahaa

Itu saja dulu coretan kali ini.

Salam sayang setulus hati buat anda yang saya hormati dan kasihi :)


~ from Qi with Love






Monday 1 June 2015

Karma & Curse Cleansing : Bersihkan Sial Mu, Lancarkan Urusan Hidup Mu


Salam damai penuh cinta kasih :)


Situasi 1............
Anda inginkan sesuatu. Sesuatu yang sangat penting. Akan tetapi begitu susahnya keinginan anda tercapai....

Situasi 2............
Anda mengharapkan perjalanan anda ke suatu tempat mudah, lancar dan cepat. Namun apa yang terjadi adalah jauh dari harapan anda. Ada-ada saja halangan yang muncul dan menyusahkan anda.....

Situasi 3...........
Anda bercinta, tapi ada saja penyebab cinta ada putus. Bercinta hari ini, minggu depan putus. Bercinta minggu depan, bulan depan putus......

Situasi 4......
Wang anda mengalir keluar seperti air terjun. Ada saja keperluan yang datang yang memakan belanja. Pendapatan tinggi, tapi pengeluaran jauh lebih tinggi sehingga sentiasa deficit hujung bulan. Itu lebih baik. Ada pula yang pendapatan cukup makan, tapi pengeluaran berganda lebih besar daripada pendapatan sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.




Rajah 1: Karma, anda buat anda di balas



Anda pernah mengalami situasi di atas? Atau sedang mengalami? hehehh... Anda sendiri yang lebih tahu...


Padahal, anda sudah menjaga ibadah, melaksanakan yang wajib, menjauhi yang dilarang, dan melakukan pula amalan-amalan kebaikan tambahan... Kenapa masih sial? Kenapa masih selalu malang? Kenapa belum bahagia? Tuhan benci aku kah? Apa salah ku? Di tahap ini, ramai orang akan menangis. Ramai orang akan berfikir untuk bunuh diri.

Anda mungkin belum menjeling ke arah karma, sehingga anda melupakannya. Atau mungkin anda belum faham soal karma. KARMA, mungkin ini nama seseorang yang saya belum kenal heheee... Tapi apa yang pasti, KARMA adalah istilah yang membawa maksud, KEJAHATAN/KERUGIAN yang yang diterima oleh orang lain disebabkan oleh apa yang kita telah lakukan.

Ibadah anda selama ini... Mungkin fokuskan hanya kepada hubungan anda dengan Tuhan sahaja. Kalau anda ada salah dengan Tuhan, itu sepertinya tiada masalah kerana Tuhan itu sifatnya Maha Pengasih dan Pengampun. Tetapi, salah anda kepada manusia, itu yang jadi masalah besar kerana tidak semua manusia itu pemaaf. Kalau pun ada yang pemaaf belum tentu dia memaafkan kesalahan anda dengan ikhlas dan sepenuh hati. Mungkin masih ada kesalahan anda sebesar kacang yang belum dia maafkan.

Inilah karma... Karma ini akan mengotori jalur energi anda, menyekat kelancaran aliran energi anda yang mengalir keluar masuk antara diri anda dan alam semesta sehingga menimbulkan sekatan-sekatan energi yang membuat perjalanan dan urusan-urusan hidup anda juga penuh sekatan dan halangan yang membuat anda selalu sakit hati, susah hati dan susah hidup. Ini bukan perkara main-main. Ini hal yang sangat serius kerana berkaitan dengan kebahagian hidup anda zahir dan batin. Anda harus segera membersihkan karma-karma ini. Kerana jika sistem alam yang harus membersihkannya, maka alam akan membuat anda membayar karma itu melalui situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang membuat anda menderita lagi sengsara.

Besihkan segera karma-karma anda... Teruskan membaca, saya akan share kaedahnya sekejap lagi...

Selain karma... Ada lagi satu punca yang mengotori jalur energi anda dan membuat anda selalu sial. Faktor ini selalu diabaikan oleh banyak orang bahkan oleh banyak guru-guru spiritual. Apakah bendanya tu? Ia adalah Cursed, atau sumpah!. Sumpah dari mana? Sumpah dari roh-roh leluhur atau nenek moyang anda. Kenapa mereka menyumpah? Kerana anda telah melupakan mereka... Di dimensi sana, mereka masih memerlukan energi atau bahasa yang anda mungkin lebih suka dengar, Pahala untuk tetap dapat berevolusi ke posisi makam yang lebih baik. Oleh kerana anda lupa mengirimkan mereka energi/doa mereka statik di makanya. Mereka merasa susah. Mereka merasa anak cucunya iaitu anda tidak mempedulikan mereka dan menyumpah anda. Macam cerita dongeng? Terserah anda mahu menilai apa. Saya tahu walau bagaiamana pun saya cuba menjelaskan, anda tetap tidak mahu percaya. Fikirkan ini... Kenapa ada ritual kenduri arwah baca yasin dan tahlil ke 7, ke 40, ke 100, ke 1 tahun? Untuk apa?.................

Apa? Tiada kuasa selain Tuhan? Makhluk tidak boleh memudaratkan? Ok cuba makan racun... Kita tengok dapat mudarat atau tidak... Hahahaha

Hah? Yang sudah mati tidak ada hubungan lagi dengan orang yang masih hidup? Baiklah... Mahu percaya bagus, tidak mahu percaya silakan.....


Ok... Bagi anda yang mahu percaya, keep reading. I will teach a very valuable lesson....

Jadi bagaimana anda ingin membersihkan KARMA dan SUMPAHAN ini?


Membersihkan karma itu ada 4 cara.

Pertama... minta ampun dan maaf kepada mangsa anda... Kalau susah atau tidak memungkinkan,


Kedua.... dengan banyak berpuasa.

Ketiga.... dengan banyak bersedekah apa saja yang berharga bagi anda.

Keempat dengan banyak menyalurkan Enegi Cinta Kasih kepada semua makhluk, khasnya mangsa-mangsa anda itu... Ini kaedah yang paling efektif, kerana anda bukan saja membersihkan karma-karma anda, tapi juga menanam Darma ( lawan bagi Karma ) sehingga bertambahnya saham-saham kebaikan anda di alam ini dan pasti membuat hidup anda lebih lancar, sukses dan bahagia nantinya.

Jika anda belum mendapatkan penyelarasan energi cinta kasih melalui Kelas Belajar Aura yang saya adakan (anda boleh mengikuti kelas saya disini), ada alternatif lain iaitu banyak-banyaklah mendoakan kebaikan kepada mangsa-mangsa anda tadi.

Bagaimana pula membersihkan Sumpahan dari leluhur atau nenek moyang anda?

Pertama... dengan menyalurkan Energi Ilahi dan Energi Cinta Kasih kepada mereka. Energi jenis ini akan sangat-sangat bermanfaat kepada mereka dalam proses evolusi mereka menuju ke makam rohani yang lebih tinggi.

Kedua... banyakkan berdoa untuk mereka. Sedekahkan pahala amalan-amalan ibadah kepada mereka.

Jika Karma dan Sumpahan anda telah bersih, dalam tempoh yang tidak berapa lama anda akan dapati hiudp anda semakin berubah menjadi lebih baik, lancar, indah, harmoni dan bahagia.

Anda yang belum ingin mempelajari ilmu-ilmu spiritual dan aura yang advanced, boleh cek jadual kelas saya di sini: Jadual Kelas Belajar Aura

Atau anda juga boleh mengikuti kelas-kelas online yang saya adakan. Klik di sini : Kelas Belajar Aura Online

Semoga bermanfaat untuk anda.

Salam damai penuh cinta kasih :)

~ from Qi with Love




BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...