Your Magic Blog: Stress Pembunuh Senyap, Musuh Utama Manusia Moden

Tuesday 2 June 2015

Stress Pembunuh Senyap, Musuh Utama Manusia Moden


Salam damai buat semua :)

Zaman dulu, keperluan manusia sangat sangat minima. Ada rumah, cukup makan, cukup pakaian, cukup tidur, isteri satu boleh ketawa bersama keluarga, itu sudah memadai. Mahu ke mana-mana cukup dengan jalan kaki. Kalau jauh sikit jaraknya ada kuda dan keldai, atau naik kerbau. Kalau di negara Arab ada unta. Begitu
nya hidup. 

Berbeza dengan zaman sekarang. Kehendak manusia sudah menjadi keperluan. Makanan mesti sedap-sedap, pakaian mesti cantik cantik, rumah mesti besar dan indah, isteri mahu lebih dari satu hahaha... pengangkutan mahunya yang ada kelas, ditambah pula dengan gajet-gajet canggih, perhiasan-perhiasan mahal, dan macam-macam lagi. Keinginan sudah jadi keperluan. Itu baru keperluan peribadi. Lain lagi dengan keperluan keluarga, tanggungjawab di tempat kerja, organisasi, hutang-piutang, dan sebagainya yang menjadi gaya hidup manusia moden.

Akibat keperluan dan tanggungjawab hidup yang sedemikian banyak dan padat, akhirnya semua orang stress. Siapa yang tidak stress? Orang gila saja yang tidak stress. Itu pun sejak dia gila. Sebelum dia gila pasti dia lebih-lebih stress sampai gila begitu.





Anda tahu... Menurut kajian ilmiah dalam perubatan, stress adalah pembunuh senyap. Dr. Hans Seyle, pakar endokrin dari Kanada (1956) membuktikan secara epidemologi ( kajian pola penyakit dalam sebuah populasi ) kaitan antara stress dengan barah usus (peptic ulcer). Kajian ini menunjukkan bahawa golongan pekerja yang banyak menerima tekanan seperti doktor, eksekutif perniagaan dan guru mudah mendapat penyakit ini. Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan. 80-90% kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup yang kurang tekanan, menjaga diet, bersenam dan meditasi, kesan pemulihan penyakit lebih baik dan berterusan.

Ivan Pablov, seorang ahli fisiologi Rusia (1849-1936) melakukan kajian terhadap pesakit gastrik tula. Perutnya ditebuk untuk melakukan pemerhatian. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa apabila pesakit marah atau stress, dinding perut berkilat seolah terbakar, dan asid hidroklorik iaitu komponen jus gastrik mencurah keluar, dengan lancar tanpa paksaan. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam keadaan marah dan stress, H pylori iaitu sejenis bakteria di perut dengan mudah memberikan gangguan kepada perut berbanding jika marah dan stress itu dapat dikawal dengan baik.

Stress juga memberikan pengaruh sangat besar terhadap tekanan darah, saluran darah dan jantung. Stress membuat degupan jantung terganggu. Jika stress itu berpanjangan ia boleh menimbulkan penyakit pada jantung, dan memburukkan lagi masalah jantung yang sedia ada. Penyakit kardiovaskular ini adalah pembunuh nombor satu di dunia. Ada banyak penelitian demi penelitian dilakukan oleh individu mahupun badan-badan kesihatan bekenaan kesan stress terhadap kesihatan. Stress dikategorikan sebagai 'pembunuh senyap'. Stress... Stress... dan stress... akhirnya meninggal.

Stress... Membuat badan, perasaan dan fikiran kita berfungsi tidak optimum sehingga prestasi kita dalam apapun bidang kerja jadi merosot. Stress membuat emosi jadi tidak stabil, suka marah-marah, jadi cengeng, suka menyendiri dan lain-lain sifat yang tidak konstruktif. Kalau kita stress, idea-idea bernas selalunya malas mahu bertamu ke fikiran kita. Institusi keluarga boleh porak-poranda oleh stress. Sebuah syarikat yang pekerjanya banyak stress, akan mengalami kemerosotan prestasi dan keuntungan. Pokoknya Stress berlebihan membuat manusia jadi sangat jellek.

Tidak tahukah anda... Kes bunuh diri di Malaysia adalah penyebab kematian kedua utama setelah penyakit kardiovaskular, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007 bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia. Menurut laporan tersebut, kadar kematian akibat bunuh diri pada tahun 2004 adalah 9 hingga 12 kes daripada setiap 100 000 penduduk manakala pada tahun 2006 dilaporkan 13 kes bunuh diri per 100 000 penduduk. Dipercayai jumlah kes bunuh diri yang sebenar melebihi daripada jumlah tersebut kerana ada banyak kes yang tidak dilaporkan kepada kementerian.

Apa puncanya? Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, kes bunuh terjadi akibat kecelaruan mental. Dalam banyak kes akibat kecelaruan mental, depresi atau stress menyumbang 60% daripada keseluruhan jumlah kes, menurut Natalie Staats Reiss, Ph.D., and Mark Dombeck, Ph.D. dalam kajian mereka The Nature of Suicide (2007).

Dari perpektif ilmu aura yang saya kaji, aktiviti berfikir dikawal oleh pusat tenaga di perut yang dikenali sebagai Cakra Pusat. Pusat tenaga ini tidak kelihatan pada perut fizikal anda, kerana wujudnya adalah berbentuk pusaran tenaga. Walaupun tidak dapat dilihat, ia dapat dirasakan dan kesannya nyata pada aktiviti fizikal anda. Cakra Pusat ini bertanggungjawab membekalkan energi untuk anda dapat berfikir termasuklah saraf-saraf dan neuron-neuron anda yang menunjang aktiviti anda ketika berfikir. Selain itu ia juga bekerjasama dengan Cakra Dasar anda bersama mengatur aliran tenaga untuk menyokong semua organ di sekitar perut anda iaitu usus besar dan kecil, limpa, ginjal, duodenum, kantung hempedu, hati serta ia juga mempengaruhi aliran tenaga di paru-paru dan jantung. Oleh kerana itu, aktiviti berfikir sangat mempengaruhi organ-organ berkenaan. Fikiran yang tertekan juga ikut menekan organ-organ berkenaan. Jika fikiran terlalu aktif, ia 'mencuri' benyak tenaga sehingga bekalan tenaga ke organ-organ tersebut akan berkurang lalu menghasilkan kesan negatif. Saya pernah menulis satu artikel yang agak mirip sedikit dengan tulisan kali ini berkenaan Solar Plexus. Klik di sini.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda kini sedar bahawa ilmu energi itu sangat berkait erat dengan kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan hidup anda? Eratnya kaitan antara hidup sihat, sukses dan bahagia dengan aura adalah seperti isi dengan kulit. Sangat-sangat dan sangat rapat kaitannya. Seluruh organ di tubuh anda dibina oleh struktur dasar penciptaan alam iaitu Energi atau Quantum. Seluruh perasaan dan fikiran anda adalah berbentuk gelombang energi/quantum yang boleh rasakan bahkan dilihat dengan teknik mind power/waskita yang advanced. Bahkan jin dan segala makhluk yang anda rasa misteri itu pun adalah makhluk energi.

Ilmu berkenaan Energi, Quantum, Aura itu penting bukan???

Ok... Jika anda merasa ilmu ini penting untuk kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan hidup anda, mari ikuti Kelas Belajar Aura yang saya anjurkan di Qi. Jadual kelas anda boleh Klik Di Sini.
Anda yang tiada masa datang ke kelas secara face to face dengan saya, jangan risau ada kelas online untuk anda di SINI.

Jika anda ingin tahu... Di dalam kelas yang saya adakan, ada satu slot di mana para peserta dibawa menghayati penyatuan sejati antara CIPTA-RASA-KARSA atau bahasa modennya, FIKIRAN-PERASAAN-BADAN melalui konsep SRP (Senyum-Rileks-Pasrah). Para peserta akan sangat cepat memasuki state of mind yang tenang, hening, dan damai walau betapa stress pun anda ketika itu. Ini saja sudah begitu bermanfaat meredakan tekanan darah, menyelaraskan degupan jantung dan seluruh tenaga organ-organ tubuh, serta... meredakan STRES yang anda benci itu!

Jom... Daftar segera untuk kelas akan datang. Jangan kasi lama. Jangan tunggu anda makin tua dan dunia semakin hampir kiamat... hahahaa

Itu saja dulu coretan kali ini.

Salam sayang setulus hati buat anda yang saya hormati dan kasihi :)


~ from Qi with Love






No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...