Your Magic Blog: Karma & Curse Cleansing : Bersihkan Sial Mu, Lancarkan Urusan Hidup Mu

Monday 1 June 2015

Karma & Curse Cleansing : Bersihkan Sial Mu, Lancarkan Urusan Hidup Mu


Salam damai penuh cinta kasih :)


Situasi 1............
Anda inginkan sesuatu. Sesuatu yang sangat penting. Akan tetapi begitu susahnya keinginan anda tercapai....

Situasi 2............
Anda mengharapkan perjalanan anda ke suatu tempat mudah, lancar dan cepat. Namun apa yang terjadi adalah jauh dari harapan anda. Ada-ada saja halangan yang muncul dan menyusahkan anda.....

Situasi 3...........
Anda bercinta, tapi ada saja penyebab cinta ada putus. Bercinta hari ini, minggu depan putus. Bercinta minggu depan, bulan depan putus......

Situasi 4......
Wang anda mengalir keluar seperti air terjun. Ada saja keperluan yang datang yang memakan belanja. Pendapatan tinggi, tapi pengeluaran jauh lebih tinggi sehingga sentiasa deficit hujung bulan. Itu lebih baik. Ada pula yang pendapatan cukup makan, tapi pengeluaran berganda lebih besar daripada pendapatan sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.




Rajah 1: Karma, anda buat anda di balas



Anda pernah mengalami situasi di atas? Atau sedang mengalami? hehehh... Anda sendiri yang lebih tahu...


Padahal, anda sudah menjaga ibadah, melaksanakan yang wajib, menjauhi yang dilarang, dan melakukan pula amalan-amalan kebaikan tambahan... Kenapa masih sial? Kenapa masih selalu malang? Kenapa belum bahagia? Tuhan benci aku kah? Apa salah ku? Di tahap ini, ramai orang akan menangis. Ramai orang akan berfikir untuk bunuh diri.

Anda mungkin belum menjeling ke arah karma, sehingga anda melupakannya. Atau mungkin anda belum faham soal karma. KARMA, mungkin ini nama seseorang yang saya belum kenal heheee... Tapi apa yang pasti, KARMA adalah istilah yang membawa maksud, KEJAHATAN/KERUGIAN yang yang diterima oleh orang lain disebabkan oleh apa yang kita telah lakukan.

Ibadah anda selama ini... Mungkin fokuskan hanya kepada hubungan anda dengan Tuhan sahaja. Kalau anda ada salah dengan Tuhan, itu sepertinya tiada masalah kerana Tuhan itu sifatnya Maha Pengasih dan Pengampun. Tetapi, salah anda kepada manusia, itu yang jadi masalah besar kerana tidak semua manusia itu pemaaf. Kalau pun ada yang pemaaf belum tentu dia memaafkan kesalahan anda dengan ikhlas dan sepenuh hati. Mungkin masih ada kesalahan anda sebesar kacang yang belum dia maafkan.

Inilah karma... Karma ini akan mengotori jalur energi anda, menyekat kelancaran aliran energi anda yang mengalir keluar masuk antara diri anda dan alam semesta sehingga menimbulkan sekatan-sekatan energi yang membuat perjalanan dan urusan-urusan hidup anda juga penuh sekatan dan halangan yang membuat anda selalu sakit hati, susah hati dan susah hidup. Ini bukan perkara main-main. Ini hal yang sangat serius kerana berkaitan dengan kebahagian hidup anda zahir dan batin. Anda harus segera membersihkan karma-karma ini. Kerana jika sistem alam yang harus membersihkannya, maka alam akan membuat anda membayar karma itu melalui situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang membuat anda menderita lagi sengsara.

Besihkan segera karma-karma anda... Teruskan membaca, saya akan share kaedahnya sekejap lagi...

Selain karma... Ada lagi satu punca yang mengotori jalur energi anda dan membuat anda selalu sial. Faktor ini selalu diabaikan oleh banyak orang bahkan oleh banyak guru-guru spiritual. Apakah bendanya tu? Ia adalah Cursed, atau sumpah!. Sumpah dari mana? Sumpah dari roh-roh leluhur atau nenek moyang anda. Kenapa mereka menyumpah? Kerana anda telah melupakan mereka... Di dimensi sana, mereka masih memerlukan energi atau bahasa yang anda mungkin lebih suka dengar, Pahala untuk tetap dapat berevolusi ke posisi makam yang lebih baik. Oleh kerana anda lupa mengirimkan mereka energi/doa mereka statik di makanya. Mereka merasa susah. Mereka merasa anak cucunya iaitu anda tidak mempedulikan mereka dan menyumpah anda. Macam cerita dongeng? Terserah anda mahu menilai apa. Saya tahu walau bagaiamana pun saya cuba menjelaskan, anda tetap tidak mahu percaya. Fikirkan ini... Kenapa ada ritual kenduri arwah baca yasin dan tahlil ke 7, ke 40, ke 100, ke 1 tahun? Untuk apa?.................

Apa? Tiada kuasa selain Tuhan? Makhluk tidak boleh memudaratkan? Ok cuba makan racun... Kita tengok dapat mudarat atau tidak... Hahahaha

Hah? Yang sudah mati tidak ada hubungan lagi dengan orang yang masih hidup? Baiklah... Mahu percaya bagus, tidak mahu percaya silakan.....


Ok... Bagi anda yang mahu percaya, keep reading. I will teach a very valuable lesson....

Jadi bagaimana anda ingin membersihkan KARMA dan SUMPAHAN ini?


Membersihkan karma itu ada 4 cara.

Pertama... minta ampun dan maaf kepada mangsa anda... Kalau susah atau tidak memungkinkan,


Kedua.... dengan banyak berpuasa.

Ketiga.... dengan banyak bersedekah apa saja yang berharga bagi anda.

Keempat dengan banyak menyalurkan Enegi Cinta Kasih kepada semua makhluk, khasnya mangsa-mangsa anda itu... Ini kaedah yang paling efektif, kerana anda bukan saja membersihkan karma-karma anda, tapi juga menanam Darma ( lawan bagi Karma ) sehingga bertambahnya saham-saham kebaikan anda di alam ini dan pasti membuat hidup anda lebih lancar, sukses dan bahagia nantinya.

Jika anda belum mendapatkan penyelarasan energi cinta kasih melalui Kelas Belajar Aura yang saya adakan (anda boleh mengikuti kelas saya disini), ada alternatif lain iaitu banyak-banyaklah mendoakan kebaikan kepada mangsa-mangsa anda tadi.

Bagaimana pula membersihkan Sumpahan dari leluhur atau nenek moyang anda?

Pertama... dengan menyalurkan Energi Ilahi dan Energi Cinta Kasih kepada mereka. Energi jenis ini akan sangat-sangat bermanfaat kepada mereka dalam proses evolusi mereka menuju ke makam rohani yang lebih tinggi.

Kedua... banyakkan berdoa untuk mereka. Sedekahkan pahala amalan-amalan ibadah kepada mereka.

Jika Karma dan Sumpahan anda telah bersih, dalam tempoh yang tidak berapa lama anda akan dapati hiudp anda semakin berubah menjadi lebih baik, lancar, indah, harmoni dan bahagia.

Anda yang belum ingin mempelajari ilmu-ilmu spiritual dan aura yang advanced, boleh cek jadual kelas saya di sini: Jadual Kelas Belajar Aura

Atau anda juga boleh mengikuti kelas-kelas online yang saya adakan. Klik di sini : Kelas Belajar Aura Online

Semoga bermanfaat untuk anda.

Salam damai penuh cinta kasih :)

~ from Qi with Love




No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...