Your Magic Blog: Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum

Thursday 11 September 2014

Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum



Salam hormat, salam persaudaraan utk semua pembaca budiman blog kecil ini J

Kesibukan membuat saya semakin jarang menulis di blog. Skrng lebih banyak menulis di media social facebook. Namun ada beberapa sahabat yg mesej saya dan request agar saya kekal menulis di blog ini utk sharing ilmu dan ilham-ilham kecil saya yg tidak seberapa ini.

Alhamdulillah… Hari ini hati tergerak utk mencoret lagi menambah artikel di blog ini.
Tulisan ini akan membahas ttg Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum. Apakah semua ini? Hanya istilah yg berbeza, maksudnya semua sama, iaitu ilmu yg membahas ttg getaran tenaga yg memenuhi alam ini.

Pada pendapat saya, mengikut pengalaman dari pergaulan, pembacaan, dan pengalaman langsung dgn alam metafizik, Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi atau Vibrasi Quantum adalah ilmu yg WAJIB dipelajari, diamalkan, dihayati dan dijiwai oleh setiap manusia yang mencari KEBAHAGIAAN, apatah lagi yang mencari KEBENARAN, lebih-lebih lagi yang mencari PENCERAHAN atau bahasa keramatnya, MAKRIFATULLAH.


Kenapa begitu? Kerana semua ciptaan Tuhan adalah getaran energi pelbagai frekuensi, objek paling kecil sehinggalah objek paling besar, dari sel biologi tunggal sehinggalah sel biologi paling kompleks iaitu kita manusia. Semuanya adalah adalah getaran energi perlbagai frekuensi.

Anda perlu mengenal diri anda
Anda perlu mengenal alam
Anda perlu mengenal Tuhan
Barulah anda boleh mencapai HAKIKAT dan mengalami MAKRIFAT atau ILLUMINATION.

MENGENAL adalah proses mencari ILMU PENGETAHUAN atau INFORMASI. Kita semua tahu bahawa informasi utama yang datang kepada manusia adalah teks agama yang dibawa langsung oleh para Rasul yang sumbernya dari Tuhan. Jika sumber sebuah informasi adalah Tuhan, maka sudah boleh dipastikan bahawa informasi itu adalah asli dan benar. Informasi asli dari tuhan adalah Qalamullah sendiri serta Qalamrasul yg sahih, atau bahasa mudahnya Quran dan hadis sahih. Kadang bahasa rumit perlu digunakan agar kita kelihatan pandai bin pintar hehehe… Qalamrasul itu asli dan benar kerana ilmu rasul adalah ekspresi asli ilmu tuhan. Nafs rasul itu bersih dari kotoran-kotoran sehingga mampu menjadi channel utk tuhan manifestasikan ilmunya yg asli melalui minda para rasul. Begitu juga dgn orang-orang suci dari kalangan auliya sepanjang zaman.

Jika ilmu yg sumbernya adalah tafsiran peribadi manusia-manusia berilmu, atau bahasa arabnya ulama, keaslian dan kebenaran sebuah ilmu itu berbeza darjahnya. Walaupun yang mereka tafsir adalah ilmu tuhan yang asli dari Quran mahupun Hadis. Kenapa bisa begitu? Kerana para ilmuan mentafsir ilmu tuhan berdasarkan kemampuan peribadi mereka memahami ilmu tuhan tersebut. Jadi  ILMU ASLI TUHAN sudah menjadi ILMU TUHAN YANG DITAFSIRKAN. Sedangkan para rasulullah dan auliyaullah tidak mentafsir, tapi ‘menchannel’ ilmu asli tuhan, mereka mengekspresikan ilmu tuhan melalui nafs mereka yang suci bersih. Harap tiada yang bingung di sini. Kalau bingung kita rehat dulu barang sebentar minum kopi biar fikiran santai dan hati lapang. Kalau stress nanti makin banyak persepsi yg muncul mengeruhkan ilham murni hehehe

Informasi dari sumber asli ilmu tuhan itu membuat manusia mengolah aspek fizikal, kecerdasan emosi (Emotioanl Quotient), kecerdasan fikiran (Intelligence Quotient) dan kecerdasan spiritual (Spiritual Quotient), sehinggalah manusia semakin mendapat informasi-informasi baru ttg diri, alam dan tuhan. Proses ini berulang dan berulag sehinggalah manusia semakin memperolehi informasi yang semakin banyak yg mana akan mendorong dirinya ke arah PENCERAHAN, MAKRIFAH atau ILLUMINATION. Kemudian informasi-informasi ini harus disebarkan agar semakin banyak manusia yang mencapai ILLUMINATION ini. Kenapa mau kasi banyak manusia-manusia illuminated? Agar semakin kurang manusia yang diperbodohkan oleh sistem dunia yg dipelopori oleh manusia elit, serta semakin besar energi Cinta dan Kasih menyebar kea lam semesta yg mana datangnya dari jiwa-jiwa manusia makrifah. Apa pula perlunya energi Cinta dan Kasih mau disebarkan ke seluruh alam??? Aduhhhh… banyaknya soalan. Sudah, jangan banyak tanya. Pergi dapur buat kopi dulu… hehehe

Getaran energi bumi semakin kurang stabil, akibat perbuatan serakah jiwa dan ego manusia. Ini sangat mengganggu keseimbangan alam keseluruhan, dan timbal baliknya pula mengangganggu sistem hidup manusia secara fizikal, mental dan spiritual. Kita semakin menuai apa yg kita tanam sejak dulu. Manusia menanam kerosakan, dan skrg semakin menuai kerosakan. Alam adalah satu jalinan magaenergi yang saling bertautan erat. Jika satu sudut diganggu keseimbangannya, proses rebalancing akan terjadi utk mengharmonikan sistem semulajadinya. Uiseh, mcm professor pulak sy menulis. Boleh la kan hehehe… So dengan gumpalan energy cinta dan kasih yang semakin besar akan sangat membantu alam utk kembali harmoni tanpa ia perlu bergolak dan membuat self-rebalancing.

Ok… Berbalik kepada Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi atau Vibrasi Quantum. Alam diambil daripada kata ilmu, yang mana memberikan erti sebagai ‘yang diketahui’. Tuhan adalah pihak ‘ yang mengetahui’ manakala Alam adalah pihak ‘yang diketahui’. Pihak ‘yang diketahui’ adalah ‘yang diciptakan’ daripada GETARAN ENERGY pelbagai frekuensi. Pihak ‘yang mengetahui’ adalah ‘pencipta’ dan maha tidak terjangkau, tidak bergetar dan tidak ada frekuensi. Bahasanya rumit dan susah, jangan lupa minum kopi dulu kalau bingung hehehe

GETARAN ENERGI pelbagai frekuensi inilah yang menghasilkan alam berbagai dimensi dan peringkat. Wujudnya dimensi dan peringkat adalah kerana wujudnya beza frekuensi getaran. Sama seperti maqam-maqam rohani. Bezanya adalah tahap getaran. Semakin tinggi sebuah maqam rohani, bermakna semakin tinggi kesedarannya mendaki alam. Semakin rendah maqam rohani, semakin rendah jugalah kesedaran rohaninya menuruni alam. Indahnya di sini adalah, nafs manusia atau kesedaran manusia mampu mendiami kesemua level yg ada, tidak seperti makhluk lain yang hanya mampu mendiami level dimensi atau maqam tertentu sahaja. Ya memang manusia special, kita harus menyedari dan mensyukuri perkara ini.

Getaran alam paling rendah adalah alam fizikal ini. Anda boleh sentuh, raba, pegang, kasi hancur, kasi patah dan buat apa saja tidakan fizikal di alam ini. Alam fizikal ini termasuklah jasad anda. Jasad anda segetaran dengan semua objek fizikal lainnya di alam ini. Nafs anda stuck di jasad ini, dan merasa jasad ini adalah dirinya. Inilah yang menimbulkan ‘siksa dan sengsara’. Atas dasar itulah kita harus menguasai lebih dulu getaran alam fizikal, atau getaran badan kita sendiri baru nafs ini boleh melepaskan diri daripada cengkaman kesedaran fizikal yang mengikatnya sehingga tidak mampu naik ke getaran alam seterusnya. Pada level getaran paling dasar ini, manusia harus menguasai gerak tubuhnya sehingga boleh diperintah dan digerakkan mengikut perintah fikiran yang logik dan bermoral. Di sinilah Syariat berperanan dalam hidup manusia. Syariat dijadikan sebagai dasar utama dalam upaya manusia meningkatkan kesedaran rohaninya menuju makrifatullah, atau illumination of the soul.

Seni mengolah gerak tubuh, jika dikombinasikan lagi dengan ilmu olah pernafasan maka akan lebih lengkap dan padulah objektif kita dalam usaha meningkatkan kesedaran rohani kita. Dengan menguasai ilmu mengolah nafas, kesedaran kita mampu menguasai ilmu getaran tubuh fizikal ini. Manfaatnya bukan sahaja utk peningkatan kesedaran rohani, tetapi juga utk kesihatan menyeluruh tubuh fizikal dan mental. Kenapa bisa? Iskkk… Ada lagi yang angkat tangan dan bertanya huehehe… Kerana seluruh tubuh ada frekuensi getarannya sendiri, sel-sel yg bergabung membentuk tisu, lalu organ-organ kemudian sistem tubuh lengkap, masing-masing bergetar pada frekuensi tertentu. Timbulnya penyakit adalah kerana berlakunya offside pada frekuensi-frekuensi pada tubuh ini. Jadi bukan hanya dalam padang bola sepak yang ada offside hehehe... Frekuensi getaran energy tubuh pun ada offside. Kalau offside di padang bola cuma kena penalty tendangan percuma. Tapi kalau offside pada frekuensi energy tubuh, penaltinya berat iaitu penyakit-penyakit dan masalah kehidupan yang menyeksa diri.

Aliran energi yang mengalir ditubuh anda adalah energy kesatuan dgn gelombang energy alam semesta raya ini, dan berhubung terus dgn sang pencipta. Jadi sangatlah penting memulakan perjalanan rohani anda dengan mengenal dan menguasai getaran energy diri peribadi anda, dalam usaha anda mendaki perjalanan rohani yang kukuh dan utuh. Ramai spiritualist yang berjalan menuju tuhan mengalami penyakit-penyakit kronik. Ini kerana mereka sentiasa mengakses energy superhalus alam ketuhanan yang mana sangatlah bermanfaat utk perkembangan tubuh-tubuh halus rohani mereka namun membuat tubuh fizikalnya rapuh kerana lupa atau mengabaikan pengolahan gerak nafas tubuh fizikal. Ini adalah pendapat peribadi kecil saya sahaja, dan sudah tentu tidak lari drpd persepsi hasil latar belakang kefahaman dan pengalaman yg juga bersifat peribadi. Jadikan ianya sekadar menambah khazanah ilmu anda.

Perjalanan menuju makrifatullah adalah sebuah perjalanan panjang penuh perjuangan. Namun sebenarnya penuh keindahan. Perjalanan ini jadi begitu indah dan penuh makna apabila anda mula menyedari, mengamalkan dan mengaplikasikan Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum ke dalam kehidupan anda seharian. Kalau dulu anda hidup hanya memanfaatnkan kekuatan otot dan fikiran, kini anda mula punya kekuatan baru iaitu kekuatan Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum, atau pendek kata kekuatan TENAGA DALAM yang akan sangat bermanfaat membantu anda mengharungi hidup dengan lebih baik dan penuh makna indah.

Semoga tulisan ini memberikan anda manfaat sebanyak mungkin.

Salam kasih sayang terindah dari dasar hati yang paling halus.

~from QI with Love










1 comment:

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...