Your Magic Blog: Kesedaran Jasad, Vs Kesedaran Jiwa Vs Kesedaran Roh

Wednesday 9 July 2014

Kesedaran Jasad, Vs Kesedaran Jiwa Vs Kesedaran Roh


Salam santun buat semua pembaca budiman :)

Di malam yang hening ini, mari kita sama-sama belajar ttg kesedaran.

Kesedaran adalah apa yg membuat masing-masing manusia melihat, mentafsirkan dan bereaksi terhadap sesuatu perkara. Berbezanya sudut pandang kita, pentafsiran kita, dan reaksi kita terhadap suatu perkara atau isu adalah kerana berbezanya level kesedaran kita.

Kesedaran paling dasar adalah Kesedaran Jasad. Pada tahap kesedaran ini, anda melihat dan memahami diri anda hanya sebatas batang tubuh fizikal anda. Anda hanya tahu bahawa diri anda adalah sebuah rangka jasad yg boleh bergerak, bersuara, mendengar, bercakap dan lain-lain pancaindera zahir, anda tahu anda boleh haus dan perlu minum, boleh merasa lapar dan perlu makan, boleh merasa ghairah dan perlu seks, boleh terasa lelah serta mengantuk dan perlu rehat dan tidur. Pendek kata anda hanya sedar diri anda sebagai sebuah tubuh yg hidup. Apabila anda berkata 'aku', anda merujuk aku itu adalah jasad anda sahaja. Seluruh aspek hidup anda semata-mata adalah utk memenuhi keperluan dan kehendak jasad anda.

Seterusnya adalah Kesedaran Jiwa. Di sini anda mula melihat dan merasakan bahawa anda memiliki perasaan. Anda boleh merasa takut, sedih, marah, kecewa, gembira, berharap dan sebagainya. Anda mula melakukan perkara-perkara yg boleh memenuhi keperluan emosi anda. Anda mula melakukan perkara-perkara yg anda suka dan senangi agar anda merasakan emosi-emosi yg positif dan menyenangkan. Anda membenci perkara dan keadaan yang boleh membuat anda dihidapi emosi-emosi negatif dan memberatkan dada anda serta berusaha mengubahnya. Kemudian anda juga mula melihat bahawa anda boleh berfikir, anda boleh berimajinasi membayangkan sesuatu. Anda berusaha melakukan perkara-perkara yg anda fikir dan rasakan baik dan bermanfaat utk diri anda. Di sini apabila anda berkata 'aku', anda merujuk 'aku' itu sebagai diri anda yg ada jasad, ada perasaan dan ada fikiran.

Pada dua level kesedaran tadi, masing-masing manusia mahu senang. Masing-masing manusia perlu memenuhi keperluan dan kehendak jasadnya. Masing-masing perlukan perkara dan keadaan yg menyenangkan perasaannya lalu masing-masing bertindak mengikut apa yg dia rasa baik dan benar menurut fikirannya. Oleh kerana pada level kesedaran ini semua bersifat individual atau masing-masing, lalu apa saja yg bertentangan dgn kepentingan individual samada kepentingan peribadi atau sebuah kelompok atau kumpulan, jika kepentingan ini terasa terganggu maka lahirlah konflik dan perbalahan sehingga mampu mencetuskan pertengkaran, pergaduhan, malah pembunuhan.

Pada dua maqam atau stesen kesedaran ini, setiap individu atau kelompok kumpulan berpegang pada prinsip  'kebenaran' masing-masing. Jika ada individu atau kelompok lain yg bertentangan dan menganggu serta  mengusik 'kebenaran' yg mereka pertahankan, akan lahirlah sebuah perbalahan. Inilah yg kita hadapi di kehidupan dunia kita pada hari ini. Majoriti manusia sedang berada pada dua level Kesedaran ini. Kerana itu masing-masing kita atau kumpulan kita ada prinsip 'kebenaran' yg kita pegang dan yakini. Kita saling tengkar-tengkaran, saling gaduh-gaduhan dan saling bunuh-bunuhan kerana prinsip ' kebenaran' yg kita pegang dan yakini saling berbeza dan saling mengganggu dan oleh kerana itu masing-masing kita akan mempertahankan prinsip kebenaran kita agar kekal bertahan wujud walaupun harus saling berbunuhan sesama sendiri.

Kesedaran Roh, adalah satu kesedaran yg sangat berbeza, sangat unik dan sangat unggul. Pada kesedaran roh, sang manusia melihat dirinya dan alam ini adalah satu kesatuan wujud yg dijalin oleh Cinta dan Kasih. Dia melihat alam ini adalah bahagian dari dirinya. Kerana itu dia mencintai dan mengasihi alam ini kerana alam ini adalah bahagian dari dirinya. Dia mencintai manusia lain kerana manusia lain adalah bahagian dari dirinya. Dia mencintai haiwan, tumbuhan dan segala maujud kerana dia melihat semua itu adalah bahagian dari dirinya. Kesedarannya sedang tenggelam dan menyatu ke paras atomik, sub atomik, sampai ke getaran energy paling halus yg membentuk kesatuan alam ini sehingga dia tidak merasa ada perpisahan dgn seisi alam ini. Dia melihat satu pada yang banyak dan melihat banyak pada yang satu. Ertinya, dalam lautan wujud energy ini, dia melihat wujud-wujud individual. Apabila dia melihat wujud setiap individual, dia melihat dan sedar bahawa individual itu adalah sebahagian daripada wujud mutlak yg luas ini. Pada level kesedaran ini, kita masih sangat jauh dari wangian syurga. Syurga-syurga kita masih syurga angan-angan. Mengapa bisa? Kerana 'kebenaran' yg kita yakini masih kebenaran yg ditafsir oleh emosi dan fikiran peribadi kita.

"Tidaklah kamu beriman selagi kamu belum mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri kamu sendiri"

Mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri kamu sendiri... ini adalah level kesedaran roh. Selagi anda berada di level Kesedaran Jasad dan Jiwa, anda tidak akan pernah melihat org lain sebagai diri anda sendiri. Hanya pada Kesedaran Roh barulah anda dapat melihat diri orang lain seperti diri anda sendiri, bahkan sebahagian dari diri anda sendiri lalu anda mencintainya seperti mana anda mencintai diri anda sendiri, kerana anda melihat melintasi sempadan tubuh, perasaan dan fikiran.

DAN... pada kesedaran roh ini, kesedaran anda menyatu dgn kesedaran kosmos atau 'universal mind', maka seluruh atom di alam ini terhubung baik dgn diri anda, dan anda mampu melakukan perkara-perkara yang dianggap ajaib oleh individu yang masih berada pada kesedaran jasad dan jiwa.

Ramadan ini, tuhan menyediakan medan latihan utk meningkatkan kesedaran anda daripada Kesedaran Jasad dan Jiwa, menuju Kesedaran Roh. Moga artikel lama ini sedikit membantu ke arah kefahaman yg lebih baik:  


Apa yg saya sampikan pada artikel ini sangat boleh jadi bertentangan dgn 'kebenaran' peribadi anda. Semoga kita boleh saling harmoni selalu. Kebenaran mutlak adalah milik Tuhan jua oleh kerana itu utk memahami kebenarn mutlak itu haruslah kita berililmu dgn ilmu tuhan. Moga saya anda ada rezeki ke situ... Amin ya Rabb.

Salam kasih sayang tertulus dari hati :)


~ from Qi with Love





No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...