Your Magic Blog: June 2013

Friday 14 June 2013

Energy Pelindung Malaikat dan Sahabat Empat (SM4)


Salam semua pembaca budiman :)

Tahukan anda apa itu Psionics Technology?

Psionics adalah objek-objek alam yang yang berfungsi sebagai 'energy storage' semulajadi. Setiap psionics memiliki karakter energy tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kerja-kerja metafizik pelbagai tujuan mengikut karakter energy bagi masing-masing psionics.

Contoh terdekat psionics dalam kehidupan seharian kita adalah batu permata. Setiap batu permata memancarkan energy dalam pattern tertentu yang boleh dimanfaatkan bagi projek-projek metafizik. Misalnya batu jed memiliki karakter energy yang sangat baik untuk tujuan penyembuhan dan kelancaran rezeki. Dalam banyak-banyak psionics, sacred geometry adalah yang paling unik dan powerful.

Energy yang tersimpan di dalam psionics kekal memancar, kecuali objek itu hancur barulah energy tadi berubah bentuk. Mengikut Law of Conservation of Energy, energy tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi hanya dapat berubah bentuk. So dakwaan mana-mana pihak bahawa jin boleh hancur oleh ilmu-ilmu mereka perlu dikaji dan dihalusi semula. Ini kerana jin wujud dalam bentuk energy original yang boleh berubah bentuk sesukanya.

Bagaimana untuk mengakses dan menjana energy ini lalu dilancarkan untuk tujuan-tujuan yang kita inginkan? Disinilah kehebatan mindpower. Minda anda adalah grand design tuhan. Mekanisme untuk mengakses, menjana dan melancarakan energy psionics saya huraikan secara detail di dalam ilmu TERQI.

Pada kesempatan tulisan kali ini, saya ingin sharing satu medan energy yang ada di alam ini dan boleh kita akses dan manfaatkan untuk tujuan metafizik khasnya perlindungan. Iaitu energy Malaikat dan Sahabat Empat.

Apabia energy ini diactivate, medan aura anda akan dikelilingi oleh 8 bentuk medan energy lain yang colourful. Mk3 anda atau mk3 orang lain akan melihatnya sebagai sosok-sosok makhluk berjubah atau bentuk-benutk lain. Namun sebenanrya ini hanyalah medan energy. Munculnya sosok-sosok makhluk dalam pandangan orang lain hanyalah kerana persepsi minda masing-masing. 

Lapan medan energy akan membentuk corak oktagon, yang mana merupakan salah satu bentuk dalam sacred geometry membuat lingkaran energy pelindung anda semakin mantap dan powerful. Energy pelindung terbentuk efektif untuk menangkis semua serangan yang datang seperti sihir, santet, pugai, dan semua jenis buatan orang yang dilancarkan dalam bentuk gelombang energy. 

Bagi serangan berbentuk zahir pula... Begini ceritanya. Sebelum berlaku serangan fizikal, penumbuk, penendang, pisau, parang, samurai dan sebagainya yang membahayakan keselematan anda, pada awalnya akan muncul emosi dan niat menyerang di hati si penyerang tersebut. Niat dan emosi ini adalah berbentuk energy. Energy pelindung disekeliling akan bergerak terlebih dulu untuk neuralise gelombang tersebut sehingga penyerang tadi tidak jadi menyerang anda.

Medan energy ini juga berfungsi sebagai alert jika ada bahaya yang mendatang, misalnya akan terjadi kemalangan atau musibah kerana energynya telah di set untuk peka terhadap apa saja bentuk bahaya yang datang.

Kursus SM4 ini saya buat beberapa bulan lepas samada secara jarak dekat mahupun jauh. Kini saya buka semula bagi anda yang terlepas peluang mempelajarinya. Sila hubungi saya bagi anda yang berminat mewarisi ilmu ini.

Sekian dulu tulisan pada kali ini.

Salam makrifah, salah sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua :)


~ from QI with Love





Thursday 13 June 2013

Takdir dan Doa


Salam semua pembaca budiman :)

Tulisan ini cetusan idea dari beberapa teman yang bertanya di FB berkenaan persoalan, adakah doa dapat mengubah takdir?

Ada 2 persoalan di sini....

1. Jika takdir tidak dapat di ubah oleh doa, apakah maknanya kita diperintahkan oleh tuhan untuk berdoa? Baik tak usah berdoa kan... Sebab benda yang sudah ditentukan untuk jadi pasti akan jadi juga. Betul nda???

2. Jika takdir dapat di ubah oleh doa, adakah tuhan silap dengan ketentuanNya yang di plan dari zaman azali lagi sehingga perlu di ubah kerana tidak sesuai selera kita kini? Ini merendahkan  martabat tuhan... Bukankah tuhan Maha Tahu dan Maha Bijaksana? Betul nda???

Tidak redha dengan takdir tuhan, adalah satu tuduhan halus terhadap tuhan bahawa ketentuanNya ke atas anda adalah satu kesilapan..... Anda sanggup jadi begini?

Tidak mahu berdoa kerana merasa semua sudah ditentukan oleh tuhan, adalah melecehkan perintah tuhan agar kita berdoa dan berusaha apabila menghadapi masalah... Problem juga kan... Bingung ni jadinya...

Ok, saya tidak terlalu mahir menzahirkan ilmu rasa menjadi bahasa. Namun saya berusaha untuk memudahkan anda untuk memahaminya.

Takdir adalah ketentuan tuhan. Kita hanya tahu takdir apabila ia sudah berlaku.
Bagi sesuatu yang belum berlaku, ia bukan takdir tetapi Nasib, masih gantung kerana belum jadi.

Apa yang sudah terjadi dari bermula anda bangun tadi pagi, setiap idea, setiap gerak hati, setiap perbuatan dan setiap peristiwa yang anda hadapi sehingga SEKARANG ini adalah TAKDIR.

Bagi yang SUDAH TERJADI dan SEDANG TERJADI SEKARANG anda harus REDHA kerana itulah TAKDIR anda yang tuhan telah tentukan.

Sedetik dari SEKARANG, apa saja yang bakal terjadi adalah juga TAKDIR namun anda belum tahu apakah bendanya. Jika anda inginkan sesuatu yang baik BAKALTERJADI nanti, jika ia jadi anda beruntung, jika ia tidak terjadi anda malang. Oleh sebab itu bagi apapa saja yang belum TERJADI, ia lebih dikenali sebagai NASIB.

Bagi sesuatu yang akan terjadi di masa depan, belum ada KEPASTIAN. Oleh itu hadapi dengan DOA, HARAPAN dan KEYAKINAN.

Takdir adalah kejadian yang TELAH TERJADI.... Manakala doa adalah untuk sesuatu kejadian yang anda inginkan agar TERJADI DI MASA DEPAN. Lain kelasnya. Jadi tiada kaitan!

Doa TIDAK dapat mengubah apa yang sudah terjadi. Oleh itu, doa TIDAK dapat MENGUBAH takdir. Inilah kebenarannya!

Persoalan anda sebenarnya adalah, Adakah doa mampu mengubah masa depan? Begitu kan? Ya kah? Hehe...

Mengubah... Adalah perbuatan untuk mengenepikan sesuatu yang buruk yang AKAN DATANG. Sebegitu pastikah kita bahawa perkara buruk yang akan terjadi nanti? Sehingga kita ingin MENGUBAHNYA???

Fikiran manusia cenderung negatif, cenderung untuk ragu dan pesimis. Kita sering menjangka masa depan yang akan datang sebagai negatif. Awal-awal kita sudah set bahawa masa depan adalah buruk. Lalu kita berdoa untuk MENGUBAHNYA. Kita sering mendahului ilmu tuhan. Padahal belum tentu yang buruk itu akan terjadi seperti yang kita fikirkan. Cuba anda renungkan sejenak. Ambil masa beberapa minit. Kenapa anda sering menjangka masa depan sebagai buruk, sehingga seolah ia benar-benar akan terjadi menimpa anda? Lalu anda berdoa agar apa yang anda fikirkan itu tidak akan jadi. Doa anda pada hakikatnya hanyalah untuk mengubah apa yang telah anda tentukan sendiri bakal terjadi di masa depan anda, di dalam fikiran anda.


Bila kita masuk lebih ke dalam hakikat, kita akan lihat.........

Bahawa sebenarnya, setiap detik masa berjalan tuhan sudah set semua kejadian. Pada detik sekian, akan terjadi sekian secara global. Pada detik begini akan terjadi begini diseluruh alam secara bersamaan. inilah Qada' dan Qadar.

Qada' adalah KEJADIAN YANG AKAN TERJADI, sedang Qadar adalah MASA IA AKAN TERJADI. Dari sisi hakikat, semua sudah di atur. Yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku semua sudah ditentukan. Ini adalah big picture. Hanya anda akan lihat apabila kesedaran anda sudah lepas dari ikatan fikiran. Lagi-lagi KESEDARAN. Mahu nda mahu anda harus SEDAR atau Illuminated.

Kesimpulannya, bagi panduan kita seharian:

1. Takdir adalah sesuatu yang SUDAH TERJADI... Hadapi dengan REDHA.
2. Oleh kerana TAKDIR adalaah sesuatu yang SUDAH TERJADI, nothing u can do to change it. Doa pun takkan mampu mengubah apa yang sudah jadi. Yang sudah terjadi hanya berfungsi sebagai PEDOMAN untuk menghadapi masa depan.
3. Masa depan adalah NASIB yang belum tentu, entah untung entah rugi. Hadapi dengan DOA, USAHA DAN TAWAKKAL sebaik mungkin.

Sekian dulu tulisan kali ini. Semoga ada manfaat untuk anda yang membacanya.

Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

~ from QI with Love



Wednesday 12 June 2013

Pemantapan Mk3


Salam kasih sayang untuk anda semua para pembaca budiman :)

Artikel ini khas ditujukan untuk para pelajar mk3 saya, namun boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan serta penambah khazanah ilmu bagi semua pembaca.

Pertama sekali, anda harus memahami tentang gelombang minda. Berikut adalah jenis-jenis gelombang minda yang kita akses setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Gambarajah saya ambil dari internet sebagai rujukan bersama.











Mk3 yang telah diaktifkan hanya berfungsi jika state of mind anda minima berada pada Alpha Wave. Umumnya minda kita berada pada gelombang ini apabila tubuh kita sedang rileks dan mula khayal. Latihan meditasi yang rutin diperlukan untuk membuat kita boleh mengakses dan berada pada gelombang minda ini secara stabil. Pada awalnya agar sukar bagi pelajar untuk mengakses Alpha Wave ini, namun semakin kita rajin latihan maka semakin cun daya kawalan minda sehingga hanya dengan niat gelombang minda boleh masuk ke keadaan Trance. 

Jika anda sudah menerima pengaktifan mk3 dari saya, namun penglihatan anda masih kabur, layar minda kurang jelas, hanya ada satu masalah anda iaitu, anda masih belum cun untuk mengakses dan stay secara stabil pada gelombang minda Alpha tadi.

Ok... Mari kita mendalami kaedah untuk mengakses Alpha Wave.

1. Duduk dengan rileks. Pejam mata. Bersandar ke sofa yang empuk dengan tetap menjaga tulang belakang agar tidak bongkok. Jangan lakukan latihan ini dengan berbaring kerana saya pasti anda akan tertidur.

2. Alihkan kesedaran anda pada tubuh fizikal anda. Ini proses yang panggil sebagai Penyatuan Jiwa dan Raga. Rasakan setiap inci tubuh anda dari ubun-ubun turun ke bawah sehingga ke jari-jari kaki.  Kendurkan semua otot-otot anda, khasnya otot yang anda otot PC (Pubococcygeus) anda, iaitu otot yang digunakan ketika menahan kencing. Pastikan otot ini benar-benar kendur. Sebenarnya ada rahsia yang tersimpan pada otot ini secara spiritual, kemudian hari saya akan bahaskan.

3. Bernafas dengan tenang dan normal. Apabila kesedaran anda memasuki Alpha Mindwave bola mata hitam anda akan mula naik ke atas dan stabil posisinya. Jika bola mata anda anda masih bergerak-gerak itu tanda anda belum rileks, fikiran anda masih celaru. Usahakan untuk lebih rileks. Lakukan regangan otot dan kemudian start semula dari arahan no 1.

4. Untuk benar-benar rileks dan stabil di Alpha Mindwave, anda memerlukan minima 5 minit atau bahkan sampai 15 minit bergantung daya kawalan minda anda. Stay cool, dont rush... Slowly u will get there.

5. Jika anda merasa sudah benar-benar rileks, baru anda mulakan NIAT untuk melihat sesuatu dengan mk3 anda seperti yang saya berikan panduan pada manual mk3.

Sekali lagi, jika mk3 anda masih belum berfungsi dengan baik dan memuaskan, masalah anda hanya satu iaitu anda belum mahir untuk mengakses dan berada stabil pada Alpha Mindwave. Rajin meditasi adalah kunci untuk ke sana.

Sekian dulu tulisan pada kali ini, semoga memberikan manfaat berganda untuk anda. Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua :)

~ from QI with Love





Tuesday 11 June 2013

Deria Batin - Kembali Ke Unlimited Original Version

Salam semua pembaca budiman :)

Jasad fizikal yang kita miliki ini adalah penzahiran akhir bagi aspek spiritual kita. Proses penzahiran aspek spiritual kita menuju keluar ke dunia zahir mencipta batasan atau hijab kemampuan yang mana bermakna semakin keluar menuju penzahiran maka semakin terbatas power semulajadi aspek spiritual tadi. Mata spiritual memiliki kemampuan melihat tanpa batas, ketika ia masih berada pada dimensi wujudnya yang asli. Namun semakin ia keluar menuju penzahiran, kemampuannya semakin terbatas kerana untuk mampu terzahir di alam dunia frekuensi getarannya harus semakin rendah sehingga separa dengan objek-objek zahir. 

Mata spiritual menzahirkan dan memperlihatkan wujudnya melalui kedua mata fizikal kita. Mata spiritual ini juga yang kita kenal sebagai mata ke 3 (mk3) sepertimana yang saya ajarkan pada kursus mk3 di blog ini. Ada 7 dimensi penzahiran bermakna ada 7 level frekuensi. Pada 7 dimensi ini, Mata ini dilapis 7 kali sehingga lapisan terakhir iaitu kedua mata fizikal ini agar Mata ini boleh terlihat bekas wujudnya oleh manusia. Ini bermakna kemampuan penglihatan asli Mata ini telah diturunkan sebanyak 7 kali. Apa yang anda mampu lihat melalui mata fizikal anda hanyalah objek-objek zahir. Jika Kesedaran anda naik satu dimensi ke atas maka satu hijab terbuka dan mata spiritual anda boleh melihat lebih. Jika Kesedaran anda naik lagi ke atas satu dimensi, maka satu lagi hijab terbuka dan kemampuan penglihatan anda meningkat satu level sehingga anda mampu melihat alam-alam yang lebih tinggi. Begitu seterusnya sehingga akhirnya penglihatan itu kembali ke fitrahnya, iatu 'unlimited original version of vision'.

Seluruh tubuh fizikal anda adalah jejak-jejak kewujudan aspek rohani anda. Sufi menyebutnya sebagai jejak-jejak cinta ilahi kerana penzahiran aspek spiritual menuju alam zahir didorong oleh cinta ilahi yang ingin dirinya dikenal oleh semua.Telinga fizikal anda adalah penzahiran pendengaran  spiritual anda. Ertinya, sebenarnya anda memiliki pendengaran super sebagaimana penglihatan spiritual tadi. Begitu juga dengan deria rasa, deria sentuh, deria bau, kaki dan tangan semua adalah penzahiran kemampuan-kemampuan aspek spiritual anda. Di sini anda mungkin akan mula terfikir... I am not who I think I am. Im more than what I think I am. I am more than this... Who I am?????????

Soalan ini akan membawa anda untuk mencari jawapan tentang hakikat diri anda. Sekarang anda memang tidak tahu. Ilmu yang anda miliki sekarang ini adalah ilmu yang terbatas. Padahal Ilmu anda ketika Kesedaran anda masih 'unlimited original version' adalah Ilmu yang benar-benar  unlimited. Ilmu ini jadi limited hanya kerana proses penzahiran yang terjadi pada aspek spiritual anda sebelum ini. Ketika Kesedaran anda kembali ke atas, kembali menuju 'original version' maka semua kemampuan sifat anda menjadi unlimited.

Kembali ke Unlimited Original Version, adalah usaha menuju pencerahan. 
Mengembalikan, Inabah sebagai mana dalam ungkapan Inna Lillahi... Aku dari Allah yang bermakna 'Aku dari yang Unlimited'... Wa inna ilaihi roji'uun... Dan kepadaNya (Allah) aku kembali yang bermakna... 'Dan kepada yang Unlimited aku kembali'....

Mulanya Unlimited.... Lalu terzahir jadi Limited... Kemudian kembali menjadi Unlimited, the Original Version.

Bagaimana???????????????????????

Latihan spiritual...Istiqamah.... Kembangkan kesedaran anda sehingga menjadi Unlimited Original Version. 

Caranya?????????????????????????

Zikir..... Kembalikan dan lekatkan fikiran anda pada Allah yang Unlimited, sehingga kesedaran anda juga kembali ke Unlimited. 

Sin ilahi-Sin Hu adalah salah satu kaedahnya yang merupakan satu metod zikir kepasrahan mengembalikan dan melekatkan kesedaran pada Allah yang Unlimited dengan harapan bahawa Kesedaran diri ini akan kembali ke fitrahnya yang Unlimited dengan semua sifat dan kemampuannya turut kembali menjadi Unlimited.

Sekian dulu. Salam makrifah, sukses dan kasih sayang semoga sentiasa melimpahi anda :)


~ from QI with Love

Sunday 2 June 2013

Meditasi Kesedaran Ruh

Salam semua pembaca budiman :)

Pencerahan/makrifah melahirkan kebijaksanaan. Kebijaksanaan adalah melihat sesuatu sebagai apa adanya. Sedang persepsi adalah hijab atau penghalang ke arah melihat sesuatu sebagai apa adanya. Persepsi adalah produk daripada fikiran dan perasaan. Oleh kerana itu untuk mendapatkan pencerahan, persepsi harus dimatikan.

Pengetahuan yang sejati atau hakiki berada di atas persepsi. Apabila persepsi dimatikan barulah muncul pengetahuan sejati itu. Ilmu adalah satu sifat tuhan. Ilmu tuhan sifatnya luas meliputi seluruh alam samada yang nyata mahupun yang ghaib. Roh yang ditiupkan ke dalam Adam adalah essence dari tuhan sendiri, bukanlah satu ciptaan tuhan yang bermakna roh adalah bahagian dari tuhan. Maka oleh kerana roh adalah bahagian dari tuhan, ilmu yang diketahui oleh roh adalah ilmu yang setara dengan ilmu tuhan walaupun sedikit beza dari segi darjahnya kerana adanya proses nuzul atau penurunan penuju penzahiran. Begitu juga dengan sifat-sifat tuhan yang lain.

Atas dasar ini, dengan aktifnya kesedaran roh maka akan aktiflah pula sifat-sifat ketuhanan di dalam diri manusia. Lalu bagaimanakah cara untuk mengaktifkan kesedaran roh???? Soalan ini akan membawakan anda menuju kunci bagi makrifah.

Jawapannya.... Matikan persepsi melalui proses meditasi. Meditasi adalah satu aktiviti rohani iaitu memfokuskan seluruh kesedaran terhadap satu titik fokus. Semua ritual yang ada di dalam agama tujuannya adalah ini. Di dalam islam, titik fokus bagi kesedaran adalah Allah... Zikrullah. Inti bagi semua ibadah adalah zikrullah dan solat mengambil tempat sebagai zikir yang paling lengkap di mana fizikal, mental dan spiritual semuanya berzikir. Fizikal berzikir melalui gerakan tertib terutama rukuk dan sujud. Mental berzikir melalui penumpuan kepada Allah manakala spiritual berizikir dengan kesedaran kepasrahan kepada Allah. Kesemua elemen manusia berzikir secara serentak dan harmoni. Ini hanya ada di dalam ritual solat. Ibadah lain juga intinya adalah zikir. Puasa, zakat, haji dan lain-lain intinya adalah zikir, tetapi tidak selengkap ketika solat.

Inti utama bagi setiap ibadah adalah, menumpukan fikiran dan perasaan pada satu titik konsentrasi melalui proses yang berulang-ulang sehingga fikiran dan perasaan jadi semakin terbiasa dan semakin terfokus. Melalui proses ini, persepsi semakin berkurang dan berkurang dan kesedaran akan semakin mendalam dan mendalam sehingga akhirnya kesedaran roh mampu diaktifkan.

Di sini, objek konsentrasi fikiran akan sangat mempengaruhi laluan kita menuju pencerahan. Jika objek konsentrasi adalah objek-objek alam, bunyi-bunyian, imej-imej tertentu, warna-warna tertentu, cahaya-cahaya tertentu dan lain-lain sebagainya maka kesedaran kita boleh terbatas hanya pada level alam saja, belum menuju ke pencerahan ilmu-ilmu hakikat. Sekalipun begitu, kesedaran yang meningkat ke atas akan sangat banyak manfaatnya utk kehidupan kita di dunia ini.

Roh adalah potensi unlimited. Oleh itu untuk dapat mengaktifkan kesedaran roh, kita perlukan objek konsentrasi yang juga unlimited, iaitu Allah yang wujudnya tidak terbatas dan meliputi segala sesuatu. Pendek kata lagi, untuk menuju makrifah.......... Kuncinya adalah zikrullah.......... Yang harus dilakukan secara istiqamah, rileks dan pasrah.

Sistem meditasi sin ilahi-sin hu menerapkan konsep ini. Senyum, rileks dan pasrah sambil memfokuskan kesedaran kepada Allah melalui zikir qalbi pada level sin ilahi murid dan master, dan zikir khafi pada level sin hu disamping mengaktifkan generator-generator energy di dalam sistem tubuh aura. Pendek kata sistem latihan sin ilahi- sin hu menggabungkan latihan energy dan latihan rohani sufistik. Di sini saya berusaha untuk tidak bias. Sistem latihan sin-ilahi-sin hu bukanlah satu sistem yang sempurna, tetapi boleh dikatakan elemennya lengkap untuk melatih aspek-aspek mental dan rohani di dalam diri untuk menuju pencerahan. Sedangkan untuk mengolah potensi fizikal, adalah tersangat-sangat baik jika menggunakan kaedah jurus pernafasan tenaga dalam. Ini lain cerita lagi, akan saya tulis di lain artikel nanti.

Sistem latihan sin ilahi-sin hu bukanlah satu sistem latihan yang bertujuan untuk menggantikan fungsi solat, jauh sekali dari tujuan itu. Solat adalah latihan rohani yang didesign sendiri oleh Allah, tak mungkin dapat disaingi oleh mana-mana kepintaran di alam ini. Boleh kita katakan bahawa, latihan sin ilahi-sin hu adalah satu latihan mengolah rohani melalui zikrullah yang digabungkan dengan latihan energy untuk menghasilkan efek yang lebih efektif daripada sekadar zikir atau sekadar latihan energy saja. Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang berusaha menghentam tulisan ini silakan saja. Saya takkan layan kerana ini tujuannya hanya ingin membandingkan ketinggian ilmu dan pendapat... Namun bagi yang berusaha untuk mencari kefahaman dari bermacam persoalan yang timbul melalui cara yang harmoni dan penuh kasih sayang dan rasa persaudaraan, insyaAllah I will serve u the best I can... Ini kalilah!

Sekian dulu tulisan pada kali ini. Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua yang sedang mencari kebenaran :)

~ from QI with Love


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...